Permohonan Pengurusan Harta Pusaka di MyeTapp

5 Disember 2023 | Aktiviti Terkini

4 Disember 2023 – Puan Devi a/p Sooriyah telah datang ke PEDi Linggi untuk meminta tunjuk ajar cara membuat Permohonan Pengurusan Harta Pusaka kendalian Jabatan Ketua Pengarah Tanah Dan Galian Persekutuan. Beliau ingin memohon untuk menukar nama hakmilik rumah dari nama ibunya kepada nama beliau sendiri.

Pengurus PEDi telah mengajar beliau cara-cara membuat permohonan tersebut di portal MyeTapp melalui link https://www.myetapp.gov.my/
Seterusnya beliau diajar cara mendaftar dan login ke dalam sistem dengan memasukkan ID Pengguna dan Kata Laluan yang berdaftar. Di sini beliau juga diberi sedikit advokasi mengenai Keselamatan Kata Laluan.

Selepas itu Puan Devi diajar cara membuat Permohonan Seksyen 8 dan dengan memilih sama ada Ada Harta Tidak Alih/ Tiada Harta Tidak Alih. Memandangkan yang ingin ditukar adalah berbentuk rumah, Pengurus menerangkan beliau harus memilih Ada Harta Tidak Alih. Puan Devi harus memasukkan semua maklumat yang diminta didalam borang online seperti maklumat Simati, Pemohon, Waris, Orang Berkepentingan dan lain-lain. Memandangkan Pengurus telah memesan sejak awal agar menyiapkan semua dokumen yang diperlukan, maka proses pengisian borang menjadi lebih mudah dan cepat.

Akhir sekali beliau dinasihatkan untuk memastikan semua maklumat betul dan lengkap sebelum pemohonan dihantar. Kelas yang bermula dari jam 11.30 pagi ini tamat pada jam 1.30 tengahari.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali